Wednesday, December 16, 2009

Registration For 2010



Pendaftaran bagi sesi 2010 sedang dibuka

Tadika Seri Al-Amin,
No27 Jalan Seri Putra 3/7
Bandar Seri Putra, Bangi
Teacher Hana: 012-2744786

Tadika Seri Al-Amin
No1 Jalan Sireh Pinang 3
Taman Sg Sireh, Pelabuhan Klang
Cikgu Lela: 019-2392281

Menggunakan Sistem Gelombang Baru sebagai kaedah pembelajaran terkini yang efektif, komprehensif, intregasi dan holistik. Kaedah pengajaran ini dikendalikan oleh guru terlatih dan tumpuan menyeluruh merangkumi akademik (Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Qiraati, Jawi, Arabic, Cinta Allah dan Rasul, Kreatif dan Kognitif serta Kemahiran Hidup) dan adab tatasusila.

Penawaran terhad kepada 40 orang sahaja bagi tujuan memastikan kualiti pendidikan menyeluruh diserap. Bagi Tadika Seri Al-Amin Bandar Seri Putra, Bangi, turut menyediakan taska dan transit di Taska Anakku Fitrah, No. 1 Jalan Seri Putra 3/4, Bandar Seri Putra Tel:012-2744786.

Sila berkunjung ke lokasi tadika berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan Sistem Gelombang Baru yang sangat berkesan dalam proses pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Sistem pendidikan ini tidak dapat diakses di mana-mana laman web rasmi kerana ianya dikawal dan ianya bukanlah sistem franchise, jualan langsung atau e-pendidikan. Sistem ini diperkenalkan secara terus dari pengasasnya, telah dibuktikan kejayaannya beberapa tahun lalu. Kini ianya mula diperkenalkan oleh tadika-tadika yang dipilih layak untuk menjalankan sistem ini.

Saya simpulkan sistem ini merupakan suatu intergrated comprehensive system yang bukan sahaja menggabungkan kefahaman liguistics, ritual dan mengira tetapi juga nilai-nilai murni dan sahsiah peribadi mulia. Insyallah ibubapa dapat melihat kelainan anak-anak mereka kelak. Salam.

Monday, November 16, 2009

Congratulation and Goodluck









l




















"Saya bersyukur dan berasa bangga dengan komitmen dan sokongan ibubapa dan penjaga yang ditunjukkan kepada pelajar-pelajar Tadika Seri Al-Amin semasa Majlis Ihtifal dan konvokesyen baru-baru ini. Pelajar-pelajar ini kelihatan agak kekok pada awalnya, dengan suasana yang belum pernah mereka lalui, namun mereka akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaaan sekeliling. Demo 'Santapan Jiwa Pagi' dan 'Pesanan Sebelum Balik' berjaya dibuat seperti lazimnya dibuat ketika waktu tiba dan pulang setiap hari di tadika. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar ini kerana sentiasa mengambil berat dan ikuti perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

Saya masih ingat awal tahun 2009. Ada dikalangan ibubapa begitu resah memikirkan perkembangan anak-anak mereka. Kiranya ada yang belum pernah ke mana-mana tadika walaupun anak-anak mereka berumur 5 tahun sebelum ini. Belum kenal huruf dan angka dan sekarang mereka berumur 6 tahun. Saya memberi jaminan dan keyakinan bahawa dengan sistem ini insyaAllah anak-anak mereka akan boleh siap sedia melangkah ke alam persekolahan dengan bekalan ilmu dan keyakinan.

Alhamdullilah, masuk sahaja bulan Jun dan Julai 2009, saya gembira melihat perkembangan baik ini terutama pelajar-pelajar 6 tahun yang tidak pernah belajar. Ianya sangat baik dan ada yang mendapat Anugerah Al-Amin 2009. Malah bagi pelajar-pelajar 4 dan 5 tahun, saya amat yakin mereka akan lebih kehadapan kelak kerana mereka dapat ikuti Sistem Gelombang Baru ini dengan lengkapnya. InsyaAllah.... "

Berikut adalah kedudukan tempat dalam anugerah kecemerlangan:
6 Pintar:
Tempat Pertama: Muhammad Irsyad Ilham
Tempat Kedua: Huezaimie
Tempat Ketiga: Nur Aisyah

5 Cerdas:
Tempat Pertama: Aina Soraya
Tempat Kedua: Amni Amira
Tempat Ketiga: Darlina

4 Cerdik:
Tempat Pertama: Awatif Zafirah
Tempat Kedua: Adam Faris
Tempat Ketiga: Sharifah Afifah

Anuerah Al-Amin: Fazirul Haqim
- Dinilai dari segi akhlak dan sahsiah, akademik, komunikasi baik, kekemasan diri, kekemasan buku, sifat hormat, patuh arahan dan sentiasa positif dalam kelas.

Graduan:
1. Wan Muhammad Danial
2. Nur Yasmin Syamini
3. Tengku Puteri Nur Syifa
4. Muhammad Danish
5. Nur Aisyah
6. Fazirul Haqim
7. Huezaimie
8.Muhammad Irsyad Ilham
9. Muhammad Fathan Bishri

Teacher ucapkan Tahniah dan berdoa agar kalian teruskan kecemerlangan ke peringkat sekolah nanti.

Kepada semua pelajar, teacher ucapkan teruskan usaha. Jangan putus asa.

Wednesday, November 11, 2009

Ihtifal and Convocation Day On 15 Nomber 2009



Dear all parent,
Please be informed that we will conduct the 'Ihtifal and Convocation Ceremony'.
Venue: Dewan Sri Kenanga, Danau Golf Club UKM
Date: 15 November 2009 (Sunday)
Time: 9.00am - 12pm

For further info please call: 012-2744786 Teacher Hana

Monday, November 9, 2009

Ihtifal and Convocation Day To Come


It would be a new experience for my lovely students to get their graduation certification just in a couple days to come. We are preparing and planning to perform this tremendous day for my lovely students. It involve all my students from age4 up to 6 years. We are preparing them to perform some activities like santapan jiwa pagi, nasyeed, asma ulhusna, little quizes and etc before they accept their certifications.

A thousand congratulation to my lovely students. We proud of you.

We teach them, we educate them, and soon, let they lead the way and explore their world.

Thursday, October 22, 2009