"Saya bersyukur dan berasa bangga dengan komitmen dan sokongan ibubapa dan penjaga yang ditunjukkan kepada pelajar-pelajar Tadika Seri Al-Amin semasa Majlis Ihtifal dan konvokesyen baru-baru ini. Pelajar-pelajar ini kelihatan agak kekok pada awalnya, dengan suasana yang belum pernah mereka lalui, namun mereka akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaaan sekeliling. Demo 'Santapan Jiwa Pagi' dan 'Pesanan Sebelum Balik' berjaya dibuat seperti lazimnya dibuat ketika waktu tiba dan pulang setiap hari di tadika. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar ini kerana sentiasa mengambil berat dan ikuti perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke semasa.
Saya masih ingat awal tahun 2009. Ada dikalangan ibubapa begitu resah memikirkan perkembangan anak-anak mereka. Kiranya ada yang belum pernah ke mana-mana tadika walaupun anak-anak mereka berumur 5 tahun sebelum ini. Belum kenal huruf dan angka dan sekarang mereka berumur 6 tahun. Saya memberi jaminan dan keyakinan bahawa dengan sistem ini insyaAllah anak-anak mereka akan boleh siap sedia melangkah ke alam persekolahan dengan bekalan ilmu dan keyakinan.
Alhamdullilah, masuk sahaja bulan Jun dan Julai 2009, saya gembira melihat perkembangan baik ini terutama pelajar-pelajar 6 tahun yang tidak pernah belajar. Ianya sangat baik dan ada yang mendapat Anugerah Al-Amin 2009. Malah bagi pelajar-pelajar 4 dan 5 tahun, saya amat yakin mereka akan lebih kehadapan kelak kerana mereka dapat ikuti Sistem Gelombang Baru ini dengan lengkapnya. InsyaAllah.... "
Berikut adalah kedudukan tempat dalam anugerah kecemerlangan:
6 Pintar:
Tempat Pertama: Muhammad Irsyad Ilham
Tempat Kedua: Huezaimie
Tempat Ketiga: Nur Aisyah
5 Cerdas:
Tempat Pertama: Aina Soraya
Tempat Kedua: Amni Amira
Tempat Ketiga: Darlina
4 Cerdik:
Tempat Pertama: Awatif Zafirah
Tempat Kedua: Adam Faris
Tempat Ketiga: Sharifah Afifah
Anuerah Al-Amin: Fazirul Haqim
- Dinilai dari segi akhlak dan sahsiah, akademik, komunikasi baik, kekemasan diri, kekemasan buku, sifat hormat, patuh arahan dan sentiasa positif dalam kelas.
Graduan:
1. Wan Muhammad Danial
2. Nur Yasmin Syamini
3. Tengku Puteri Nur Syifa
4. Muhammad Danish
5. Nur Aisyah
6. Fazirul Haqim
7. Huezaimie
8.Muhammad Irsyad Ilham
9. Muhammad Fathan Bishri
Teacher ucapkan Tahniah dan berdoa agar kalian teruskan kecemerlangan ke peringkat sekolah nanti.
Kepada semua pelajar, teacher ucapkan teruskan usaha. Jangan putus asa.