Tuesday, June 25, 2013

Aktiviti Pelajar bersama Pelatih dari Kolej Perkembangan Awal kanak-Kanak, Damansara

 
 
Pelajar-pelajar dari Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) dari Damansara telah memilih Tadika Seri Al Amin untuk dijadikan lokasi ujian lapangan mereka baru-baru ini selama 2 hari. Aktiviti yang dijalankan selepas jam 2.00 petang tidak mengganggu proses pembelajaran mereka pada waktu pagi. Aktiviti-aktiviti pendidikan awal kanak-kanak yang dijalankan oleh pelajar-pelajar KPAKK membuatkan semua pelajar Seri Al Amin teruja dan berasa seronok kerana aktiviti ini lain dari yang selalu dipraktikkan di sekolah.