Monday, February 25, 2019

Program Keselamatan Kanak-Kanak dari Balai Polis Bangi Untuk BSP Centre & dari IPD Kajang Untuk BMC Centre

Program Keselamatan Kanak-kanak dengan kerjasama Balai Polis Bangi & IPD Kajang 

Program telah diadakan pada 19 Februari di BSP Centre dan 21 Februari 2019 di BMC Centre dengan jayanya dan mendapat kerjasama baik dari ibupejabat dan anggota polis yang hadir.

Objektif program:
- Kesedaran tentang keselamatan diri kanak-kanak kepada risiko bahaya
- Mendekatkan dan mengubah persepsi kanak-kanak dengan polis.

Antara perkara penting yang terangkan ialah :
- Keselamatan jalanraya
- Bahan api dan alat yang berbahaya
- Tempat berbahaya
- Ketika bersendirian
- Orang yang TIDAK dikenali.

Semua pelajar sangat teruja dengan kehadiran anggota berpakaian uniform polis dan mula merubahkan persepsi takut kepada mesra. Sehingga ada yang mahu menjadi anggota polis apabila besar nanti.

Tadika Seri Al-Amin sentiasa memberi kerjasama baik kepada semua pihak untuk faktor keselamatan.

Tadika Seri Al-Amin juga sentiasa mengutamakan keselamatan semua pelajar dan kanak-kanak di bawah penjagaan Tadika.
Hasil program :
- Pelajar mengetahui tugas anggota polis
- Pelajar mengetahui soal bahaya, keselamatan diri dan keadaan sekeliling
- Pelajar mengetahui risiko bahaya
- Pelajar mesra polis
Blog : http://serialamin.blogspot.com
Email : serialamin@gmail.com
Tel : 012-2744786