Monday, December 31, 2012

Era Baru, Semangat Baru. Selamat Datang 2013.


Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendaftarkan diri bersama SERI AL AMIN ISLAMIC CENTRE. Pelajar-pelajar ini telah memilih sebuah jalan ke arah kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang. Bermulalah episod baru dalam menempuh sistem pembelajaran yang menarik sepanjang 2013 dengan pelbagai aktiviti yang telah direncanakan oleh oleh SISTEM GELOMBANG BARU.

Pelajar-pelajar akan menempuh minggu orentasi dan suaikenal bermula 2 Januari - 11 Januari 2013, untuk membiasakan diri bersama sahabat baru, keadaan sekeliling yang baru, guru-guru yang baru dan terutamanya sistem pendidikan komprehensif SISTEM GELOMBANG BARU.

Dengan kerjasama semua pihak daripada pihak sekolah, pihak ibubapa dan pihak-pihak lain yang membantu urusan perkhidmatan pendidikan ini, pelajar-pelajar ini akan mendapat sistem pendidikan yang lancar dan berkesan.

Doakan kejayaan pelajar-pelajar ini semua.

Allahumma Solli Ala Muhammad Wa 'Ala Aali Muhammad.


No comments:

Post a Comment