Tuesday, November 23, 2021

Covid-19 dan Anak-Anak Kita

 Covid-19 dan Anak-Anak Kita.

Mengikut kajian yang dipetik daripada data Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun lalu bahawa 1.6 bilion generasi muda tidak dapat bersekolah dan 10 juta daripadanya ialah kanak-kanak yang mungkin bakal tercicir daripada mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak.

Data ini membimbangkan seluruh masyarakat kerana isu pendidikan adalah sangat penting dan merupakan tonggak kepada ketamadunan dan perkembangan manusia merangkumi semua aspek kehidupan.



Sistem pendidikan yang ada pada hari ini mempunyai fasa dan ianya bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak. Sektor ini mestilah ditunjangi kuat untuk membentuk dan melahirkan anak-anak yang berpelajaran dan beradab sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.  

Pakar psychologi Kanak-Kanak berkata pandemik ini telah memberi kesan dari segi emosi, kognitif dan tingkahlaku kanak-kanak. Sifat kanak-kanak lazimnya perinag, suka bergaul dan bermain bersama kawan-kawan namun semuanya terbatas dan disekat. Jika sebelum ini mereka hadir ke sekolah, bermain dengan kawan-kawan di padang permainan, bersia-siar dengan ibubapa tetapi sepanjang pandemik, mereka telah dikurung di rumah kerana rumahlah tempat yang paling selamat untuk mereka menghabsikan masa seharian.

Kanak-kanak datang dari latar belakang yang berbeza. Ada yang tinggal di rumah mewah, rumah agam, rumah yang selesa dan paling ramai tinggal di rumah yang sempit, kecil dan ahli keluarga yang ramai. Semua faktor ini mempengaruhi emosi, sikap, motivasi, moral dan tingkah laku mereka.

Kanak-kanak juga tertekan apabila dipaksi mengamalkan norma bahar dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan sanitzer, penjarakan sosial dan penggiliran pembelajaran. Kita boleh lihat ramainya kanak-kanak yang terpaksa melalui pembelajaran melalui Pdpr (Pembelajaran di rumah) yang sebahagianya gagal akses kerana ketiadaan gajet dan capaian internet yang lemah.

Kini semua sektor telah dibuka dalam keadaan pandemik masih terdapat di dalam masyarakat. 90% daripada orang dewasa telah mendapat suntikan lengkap vaksin. Kerajaan tetap memberi arahan mengamalkan SOP yang telah diberi garispanduan bertujuan mengekang penyebaran wabak ini.

Tahun 2022 dijangkakan sektor dibuka sepenuhnya dan pendidikan awal kanak-kanak juga diberi keutamaan kerana pendidikan awal kanak-kanak sangat penting bagi membentuk dan melahirkan kanak-kanak yang boleh menguasai 3M.

Tadika Seri Al-Amin masih beropeasi di Bandar Mahkota Cheras sedang membuka pendaftaran bagi sesi tahun 2022. Tadika Seri Al-Amin memperkemaskan modul yang sedia ada dan menyediakan suasana SOP untuk diamalkan di tempat belajar.

Guru-guru Tadika Seri Al-Amin yang sentiasa komited bersedia untuk memberi didikan awal kepada pelajar-pelajar yang bakal memasuki tahun 2022. Modul pembelajaran di Tadika Seri Al-Amin Bandar Mahkota Cheras merangkumi KSPK, modul agama dan program-program tambahan.

Untuk mendaftar, sila hubungi Puan Hana (012-2744786) untuk mendapatkan informasi selanjutnya tentang yuran, program, buku belajar, transit, pengnagnkuta dan sebagainya.

.

.

Pendaftaran 2022 telah dibuka.

.
Playschool
Pre-School
Transit
Intensive Class
Free Reading Class
Hafazan Class
Teakwando Class
.
Seri Al Amin Centre
Tadika Seri Al-Amin
Bandar Mahkota Cheras
Tel : 012-2744786


No comments:

Post a Comment