Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Teacher

Di hari-hari terakhir sebelum menjelangnya syawal, teacher-teacher Seri Al Amin Centre diberikan kad-kad raya dari pelajar-pelajar kesayangan mereka.

Wednesday, September 16, 2009


Tadika Seri Al Amin dengan ikhlasnya mengucapkan salam ramadhan dan salam eid kepada semua pembaca blog dan ibubapa serta kepada warga-warga Seri Al Amin Centre. Semoga semua amalan kebajikan dan ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan berakah ini diganjarkan pada hari kita memerlukan bekalan dalam menuju jalan kepadaNya.

Sama-samalah kita merafa'kan doa kepadaNya agar:
- Dijauhi segala maksiat
- Ketulusan niat
- Muliakan kami dengan hidayah dan istiqomah
- Luruskan lidah kami dengan kebenaran dan hikmah
- Penuhlah hati kami dengan ilmu dan makrifah
- Bersihkan perut kami dari haram dan syubhah
- Tahanlah tangan kami dan kezaliman dan pencurian
- Tundukkan pandangan kami dari kemaksiatan dan pengkhianatan
- Palingkanlah pendengaran kami dari ucapan sia-sia dan umpatan
- Kurniakanlah kepada ulama kami kezuhudan dan nasihat
- Para pelajar kami kesungguhan dan semangat
- Para pendengar kepatuhan dan kesedaran
- Para kaum muslimin yang sakit kesembuhan dan ketenangan
- Para kaum muslimin yang meninggat kasih sayang dan rahmat
- Para orang-orang tua kami kehormatan dan ketenteraman
- Para pemuda kembali dan taubat
- Para wanita rasa malu dan kesucian
- Para orang kaya rendah hati dan kemurahan
- Para orang miskin kesabaran dan kecukupan
- Para pejuang kemenangan dan penaklukan
- Para tawanan kebebasan dan ketenangan
- Para pemimpin keadilan dan rasa kasih
- Seluruh rakyat kejujuran dan kebaikan akhlak
- Berkatilah jemaah haji dan umrah dalam bekal dan nafkah
- Sempurnakanlah haji dan umrah yang Engkau tetapkan bagi mereka
Dengan rahmatMu Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Amin.

Tuesday, September 15, 2009

Food Safety from WHO

Tunas Yang Semakin Mekar


SETAHUN JAGUNG

Pendidikan agama diterap pada peringkat yang lebih awal supaya pemikiran dan hati anak-anak kita menjadi jernih dan disemai cinta kepada agama dan RasulNya. Pemikiran dan hati yang bersih dan benar ini menjadi tunjang kekuatan spiritual mereka pada masa akan datang sebelum mereka ini belajar tentang ilmu-ilmu mantik dan teori. Biarkan lidah mereka fasih menyebut kalimah Tuhan terlebih dahulu sebelum ianya menjadi keras dan gagal menghubungkan ilmu lain dengan agama.

Tanpa menafikan peri pentingnya bahasa Inggeris pada masa kini (mandarin mungkin suatu hari nanti), mengenal Tuhan adalah perkara pokok dalam semua disiplin ilmu. Ramai antara ibubapa yang cenderung menghantar anak-anak mereka ke pusat pendidikan berorentasikan English semata-mata, yang mengagumi anak-anak mereka bercakap di dalam bahasa Inggeris, akhirnya sedar bahawa anak-anak mereka agak terkebelakang dalam pendidikan agama terutamanya dalam ilmu tajwid dan fiqh.

Seorang pelajar berumur 10 tahun gagal membaca Al-Quran dengan makhraj yang sempurna. Pronounciation Al-Quran yang tidak tepat. Walhal bacaan makhraj yang betul membawa makna yang tertentu dalam Al-Quran. Malah ianya terkesan di dalam solat. Namun begitu, ibubapanya riang melihat anak itu speaking English atau mandarin dengan baik berbanding pelajar lain walaupun terkial-kial mengeluarkan makhraj huruf ketika berhadapan dengan Al-Quran. Bagi seorang pelajar seusia 4 tahun yang seawalnya dibekalkan pendidikan agama ini, membaca iqra' dengan baik dan sempurna, terbiasa dengan air wudhu dan qiam, kenal huruf-huruf hijaiyah dengan betul, pastinya tiada masalah jika selepas itu diwarnai dengan ilmu-ilmu lain. T

Keseimbangan penguasaan bahasa diperingkat awal sangat baik. Tiada masalah jika didedahkan kanak-kanak dengan bahasa Inggeris mahupun mandarin. Tetapi dimana mahu kita tekankan anak-anak kita, sama ada mahu melihat mereka menyanyi lagu Peter and Jane sambil memakai skirt di atas pentas semasa konvokesyen atau mahu mendengar anak-anak kita mengalunkan asmaul husna dan selawat.

Tidak ada apa-apa ruginya kita terhadap usaha ini malah ianya mendapat sesuatu yang tidak kita jangka kelak. Sebab disana ada janjiNya dan telah tertulis dalam kitabNya.

Salam Ramadhan.
Sistem Gelombang Baru.

Sebahagian buku latihan Sistem Gelombang Baru yang digunakan mencakupi Qiraati Mental, Jawi, Bacalah, Mathematics, Read and Write Maths, Buku Kemahiranku dan banyak lagi yang terbukti berkesan, selain menggunakan Grolier, Iqra' system, I can read dan beberapa silibus sokongan lain.

Friday, September 11, 2009

Tadika Seri Al Amin


Bakal graduan-graduan Tadika Seri Al Amin, Bandar Seri Putra


Tadika Seri Al Amin 2009
Bandar Seri Putra,
Bangi Selangor
Teacher Hana, Teacher Yan dan Teacher Aida
012-2744786 / 03-89221150

Tahniah buat isteriku (Teacher Hana) dalam usaha membangun dan menguruskan taman ilmu kanak-kanak ini. Semoga ianya menjadi amal dan bekalan di dunia abadi dalam berjihad mencurahkan ilmu kepada anak-anak muslim supaya menjadi insan yang kenal dengan Rabbul Jalil tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Ikhlasan yang lahir dari hati akan menangkis semua onak dan hasad manusia yang sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan orang lain tanpa menghitung-hitung diri sendiri.
Semoga berjaya selalu....