Pendidikan agama diterap pada peringkat yang lebih awal supaya pemikiran dan hati anak-anak kita menjadi jernih dan disemai cinta kepada agama dan RasulNya. Pemikiran dan hati yang bersih dan benar ini menjadi tunjang kekuatan spiritual mereka pada masa akan datang sebelum mereka ini belajar tentang ilmu-ilmu mantik dan teori. Biarkan lidah mereka fasih menyebut kalimah Tuhan terlebih dahulu sebelum ianya menjadi keras dan gagal menghubungkan ilmu lain dengan agama.
Tanpa menafikan peri pentingnya bahasa Inggeris pada masa kini (mandarin mungkin suatu hari nanti), mengenal Tuhan adalah perkara pokok dalam semua disiplin ilmu. Ramai antara ibubapa yang cenderung menghantar anak-anak mereka ke pusat pendidikan berorentasikan English semata-mata, yang mengagumi anak-anak mereka bercakap di dalam bahasa Inggeris, akhirnya sedar bahawa anak-anak mereka agak terkebelakang dalam pendidikan agama terutamanya dalam ilmu tajwid dan fiqh.
Seorang pelajar berumur 10 tahun gagal membaca Al-Quran dengan makhraj yang sempurna. Pronounciation Al-Quran yang tidak tepat. Walhal bacaan makhraj yang betul membawa makna yang tertentu dalam Al-Quran. Malah ianya terkesan di dalam solat. Namun begitu, ibubapanya riang melihat anak itu speaking English atau mandarin dengan baik berbanding pelajar lain walaupun terkial-kial mengeluarkan makhraj huruf ketika berhadapan dengan Al-Quran. Bagi seorang pelajar seusia 4 tahun yang seawalnya dibekalkan pendidikan agama ini, membaca iqra' dengan baik dan sempurna, terbiasa dengan air wudhu dan qiam, kenal huruf-huruf hijaiyah dengan betul, pastinya tiada masalah jika selepas itu diwarnai dengan ilmu-ilmu lain. T
Keseimbangan penguasaan bahasa diperingkat awal sangat baik. Tiada masalah jika didedahkan kanak-kanak dengan bahasa Inggeris mahupun mandarin. Tetapi dimana mahu kita tekankan anak-anak kita, sama ada mahu melihat mereka menyanyi lagu Peter and Jane sambil memakai skirt di atas pentas semasa konvokesyen atau mahu mendengar anak-anak kita mengalunkan asmaul husna dan selawat.
Tidak ada apa-apa ruginya kita terhadap usaha ini malah ianya mendapat sesuatu yang tidak kita jangka kelak. Sebab disana ada janjiNya dan telah tertulis dalam kitabNya.
Salam Ramadhan.
Sistem Gelombang Baru.
Sebahagian buku latihan Sistem Gelombang Baru yang digunakan mencakupi Qiraati Mental, Jawi, Bacalah, Mathematics, Read and Write Maths, Buku Kemahiranku dan banyak lagi yang terbukti berkesan, selain menggunakan Grolier, Iqra' system, I can read dan beberapa silibus sokongan lain.
No comments:
Post a Comment