Wednesday, April 6, 2011

Permintaan Kelas Intensif Membaca Bahasa Melayu dan Jawi Berkesan


Alhamdullilah, Seri Al-Amin Centre telah dikhabarkan oleh beberapa orang guru dari SK Bandar Seri Putra mendapati ramai pelajar-pelajar Tahun 1 yang datang dari Tadika Seri Al Amin mempunyai penguasaan pelajaran yang cemerlang. Semuanya berkebolehan membaca dengan baik dan menguasai pelajaran-pelajaran lain juga dengan baik.

Metod Sistem Gelombang Baru yang digunapakai di dalam silibus Seri Al Amin Centre terbukti berkesan bukan sahaja di tadika ini malah di semua tadika-tadika seluruh Malaysia yang menggunakannya. Syukur.

Terbaru, Kelas Insentif Membaca Berkesan untuk Bahasa Melayu dan Jawi dibuka semula atas permintaan ibubapa yang mengetahui keberkesanan sistem ini. Terbuka kepada murid-muri Tahun 1 - 6 yang masih lemah menguasai pelajaran Bahasa melayu dan Jawi di sekolah. Maka Seri Al-Amin Centre bersedia membantu murid-murid ini insyAllah.

Terima kasih kepada ibubapa yang mempercayai sistem dan teknik pembelajaran ini. InsyaAllah anak anda pasti berjaya.

Teacher Hana
012-2744786
Pengetua

No comments:

Post a Comment