Friday, July 19, 2019

Hari Sukan 2019

Hari Sukan, Hari Ber-ukhuwah.

Pada 6 Julai 2019 lalu telah berlangsung acara sukan tahunan Seri Al-Amin. Buat julung kali pertama ia menggabungkan 2 Centre serentak pada hari sama. Acara berlangsung di Dewan Komuniti Bandar Mahkota Cheras kerana dewan ini bersih dan selesa dari semua aspek termasuk parking kenderaan, tandas, ruang acara dan sebagainya.

Rumah Sukan dari kedua-dua centre digabungkan bersama iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Semua pelajar mengambil bahagian dalam acara yang telah disusun sepenuhnya oleh teachers. Selepas sesi sarapan dan pendaftaran, acara dimulakan dengan perarakan masuk oleh kontijen Rumah Sukan. Doa pagi dibaca oleh Adik Jibrayl Bin Azmir dan ikrar dibaca oleh Adik Muhammad Adam Hazim Bin Abdul Zairul dengan penuh semangat.

Selesai acara sukan pelajar, Hari Sukan ini diserikan dengan acara ibu (straw) dan bapa (futsal kampung). Ia melibatkan 2 centre; Bandar Seri Putra centre bertanding dengan Bandar Mahkota Cheras centre. Bagaimanapun, kedua-dua acara ini dimenangi oleh Bandar Mahkota Cheras centre. Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa yang sangat sporting atas sokongan dan semangat kerjasama, kesukanan dan kebersamaan.

Keputusan akhir acara sukan ini secara keseluruhannya, Rumah Kuning dinobatkan sebagai johan, diikuti Naib Johan Rumah Merah, Tempat Ketiga Rumah Hijau dan diikuti Rumah Biru. Tahniah diatas semangat kesukanan yang ditunjukan oleh semua peserta sukan dan kesungguhan mereka yang sangat dirasai.

Kami bersyukur program sukan berjalan dengan lancar tanpa masalah dari segi masa, kecederaan dan sebagainya. Nikmat ini ditambah apabila semua para ibu bapa sangat spoting dan memberi sokongan penuh kepada Tadika dan kepada pelajar-pelajar untuk bersama-sama menjayakannya. Ia dapat dilihat dari pelbagai kostum yang dipakai sejak awal pagi menceriakan suasana.

Penghargaan tertinggi juga kepada semua teachers terlibat sejak dari beberapa bulan lepas dari segi perancangan, persediaan, persiapan dan sebagainya bagi menjayakan acara tahunan ini.

Dipaparkan lebih dari 200 keping foto.

























































































































































































































No comments:

Post a Comment